Pihak berkuasa festival Festival_Filem_Cannes

TahunPresidenDelegasi UmumSetiausaha Umum
1949Jean Touzet
1952Robert Favre Le Bret
1972Robert
Favre Le Bret
Maurice Bessy
1978Gilles Jacob
1984Pierre Viot
1985Michel P. Bonnet
1991François
Erlenbach
2001Gilles JacobPengarah Umum
Véronique Cayla
Delegasi Artistik
Thierry Frémaux
2005Catherine Démier
2007Thierry Frémaux
2014Pierre Lescure
2017

Presiden festival, yang mewakili Festival bersama rakan-rakan kewangannya, pihak berkuasa awam dan media, dipilih oleh lembaga pengarah festival iaitu "Persatuan Festival Filem Perancis". Lembaga ini terdiri daripada pihak berkuasa dunia pawagam serta pihak berkuasa awam yang mensubsidi acara tersebut. Presiden mempunyai mandat selama 3 tahun yang boleh diperbaharui tempohnya dan mampu melantik anggota pasukannya, termasuk Delegasi Umum, dengan kelulusan kumpulan pengarah.[5] Kadang-kadang seorang Presiden, selepas berakhir memegang jawatan tersebut, bakal menjadi Presiden Kehormat Festival.

Delegasi Umum bertanggungjawab untuk menyelaraskan ke semua peristiwa tersebut. Ketika Gilles Jacob melepaskan diri dari Delegasi Umum ke jawatan Presiden, pada tahun 2001, dua jawatan baharu telah diciptakan untuk mengambil alih jawatannya, Pengarah Umum untuk mengawasi kelancaran acara itu, dan Delegasi Artistik, yang bertanggungjawab dalam pemilihan filem. Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, Delegasi Artistik Thierry Fremaux, sekali lagi menjadi Delegasi Umum festival.

Setiausaha Umum bertanggungjawab untuk penerimaan karya dan perkara praktikal lain.